IPOH: Seorang pemandu lori tangki gas petroleum cecair (LPG) maut dalam nahas membabitkan lima buah lori, di Kilometer 288.7 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara di sini, malam tadi.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Supt Azizan Hassan berkata, mangsa Ahmad American Ahmad Danial, 42, maut di lokasi kejadian, manakala tiga lagi mangsa mengalami kecederaan dan dua lagi tidak cedera.
Beliau berkata pihaknya menerima maklumat mengenai insiden itu pada 10.15 malam tadi melibatkan lima buah lori pelbagai muatan.
"Hasil siasatan awal dijalankan, mangsa yang memandu lori tersebut hilang kawalan apabila tiba di lokasi kemalangan dan melanggar bahagian belakang sebuah lori lain, sehingga menyebabkan lori itu menggelongsor melanggar tiga lagi buah lori yang berada di hadapannya.
"Mangsa mengalami kecederaan dan tersepit dalam kenderaan serta meninggal dunia di lokasi kemalangan," katanya menambah mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk bedah siasat.
Sementara itu, jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Perak berkata sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai dengan bantuan Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) BBP Pasir Puteh, digegaskan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada pukul 10 malam.
"Bomba menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa, dengan mangsa berjaya dikeluarkan selepas tiang rangka lori berkenaan dipotong," katanya.
Beliau berkata pengesanan kebocoran yang dibuat pasukan HAZMAT mendapati tidak berlaku sebarang kebocoran pada lori tangki yang membawa bahan kimia LPG dengan muatan 20,000 kilogram.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 24 2021
Mangsa mengalami kecederaan dan tersepit dalam kenderaan serta meninggal dunia di lokasi kemalangan. - Gambar hiasan
Al-Nassr tangguh pertabalan kejuaraan Al-Hilal
Marcelo Brozovic menjaringkan dua gol ketika Al-Nassr mengatasi Al-Akhdoud 3-2 untuk melengahkan pertabalan kejuaraan Liga Pro Saudi Al-Hilal.
Pantau Belanjawan: Pelaburan Digital | Cipta 39,231 pekerjaan, lonjakan ekonomi digital
Pelaburan digital telah menyediakan peluang sebanyak 39, 231 pekerjaan di Malaysia antara 2021-2023. Bagaimana pelaburan ini dapat melonjakkan ekosistem digital Malaysia?
Kupasan bersama Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA), Mohamad Sirajuddin Jalil.
Kupasan bersama Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA), Mohamad Sirajuddin Jalil.
Permintaan meningkat, ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal
Ringgit memulakan urus niaga Jumaat dengan lebih positif apabila diniagakan mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
Malaysia kini tarikan utama profesional asing berkemahiran tinggi
Malaysia kini menjadi tarikan utama kepada para profesional asing yang berkemahiran tinggi, dengan jumlah ekspatriat yang masuk ke negara ini melepasi paras sebelum pandemik.
Pengekalan OPR pada 3% gambarkan BNM tidak risau ringgit lemah - Pakar ekonomi
Pakar Ekonomi Sumitomo Mitsui Bank berkata, semalam BNM menyatakan -Ringgit pada masa ini tidak menggambarkan asas ekonomi Malaysia".
Perasmian Program Malaysia Artificial Intelligence (AI) Nexus 2024
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke majlis perasmian Program Malaysia Artificial Intelligence (AI) Nexus 2024.
Garis panduan baharu tangani pokok berusia dan berisiko siap Julai ini - DBKL
DBKL akan terus jalankan kerja-kerja pemantauan dengan mengambil kira aspek pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
9 maut dalam letupan kilang bunga api di selatan India
Letupan berlaku berhampiran Sivakasi di daerah Virudhunagar, kira-kira 550 km dari ibu negeri Chennai.
[KOLUMNIS] PRK KKB: Perang naratif di Kuala Kubu Baharu
PILIHAN RAYA KECIL (PRK) Kuala Kubu Baharu telah menjadi pusat tumpuan bagi pemerhati dan penganalisis politik, termasuk pakar strategi Kerajaan Perpaduan dan Perikatan Nasional (PN).
MCA minta KDN siasat DJ Korea cuba menyamar sami
Tular video yang memaparkan penampilan sulung DJ tersebut membuat persembahan dengan memakai jubah sami berwarna putih di kelab malam.
Ada pemimpin kritik kenaikan gaji penjawat awam - PM Anwar
Susulan pengumuman skim gaji penjawat awam naik lebih 13 peratus bermula 1 Disember ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui ada pemimpin yang tidak berpuas hati engan keputusan itu.
41 kes kebakaran terbuka di Gua Musang sejak Februari - Bomba
Aktiviti pembakaran terutamanya di kebun, ladang dan hutan perlu dielakkan ketika musim panas ini.
15 kedai, stesen minyak di Pekan Kota dilanda banjir kilat
Hujan lebat kira-kira jam 6 petang itu berlarutan sehingga satu jam menyebabkan limpahan air mencecah setengah meter.
14 rumah musnah dalam kebakaran di Nabawan
Pasukan bomba daripada BBP Sook, Keningau dikerah ke lokasi kejadian yang terletak 89km selepas menerima panggilan pada 9.16 pagi.
Bomba Perak bekukan 70 peratus cuti raya pegawai, anggota
Sayani berkata hanya 30 peratus daripada 1,270 pegawai dan anggota diberikan kelonggaran untuk bercuti sempena perayaan itu.
Cuaca panas: Lebih 500 kebakaran direkodkan dalam tempoh tiga bulan - Bomba Kelantan
Peningkatan lebih 50 peratus itu agak membimbangkan dan dikenal pasti susulan cuaca panas serta kemarau yang melanda kira-kira dua bulan lepas.
Kanak-kanak lelaki warga Thailand ditemukan lemas di Sungai Golok
Bomba menerima panggilan kecemasan memaklumkan mangsa yang beralamat di Kampung Ibrahim Pencen, Rantau Panjang telah hilang di sungai itu.
Kilang pengeluar sarung tangan terbesar musnah dalam kebakaran
Pusat Gerakan Operasi JBPM Kedah menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 berlaku kebakaran besar pada jam 10.27 malam.
Malaysia rekod peningkatan drastik kebakaran terbuka dua bulan pertama 2024 - Nga
Negara merekodkan peningkatan kes kebakaran terbuka yang sangat drastik dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini.
Deretan kedai musnah terbakar dekat R&R Jalan Sungkai
Kebakaran melibatkan kedai kelas B berukuran 60 kaki x 40 kaki yang terbakar sebanyak 90 peratus daripada isi bangunan.